23 January 2007

Buat ???????

My Dear Friends,

Kadang- kadang datang rasa putus asa
Bila dipandang kecil , mentah ,
Mungkin diri umpama tak mampu
Tapi kekuatan hati kita siapa yg tahu...
Langkah dah ku mula,
Tak guna rasa nak memandang ke belakang
Terima lah dulu kritikan dan soalan
Mungkin ada betulnya yg ingin diperbetulkan
Namun inilah namanya merangkak dari bawah
Nampak mudah wahhh..cubalah!
Siapa yg tahu wang yg keluar
Walau seikhlas mana dibantu
Rezeki dicari untung rugi dihitung
Jangan kerana muda
Sepanjang masa cari pengalaman
katanya Sabar2 tentang bayaran? .
aduhh..... Sampai bila mau FOC
Sampai bila boleh bertahan FOC
Yang rugi Melayu sendiri
Jangan menilai manusia kerna usia
Mungkin semuda usia itulah pengalaman dah ditimba
Nilailah hasil setimpal usaha
Yang dicari hanya rezeki yang halal
Kadang-kadang malu ditanya kenapa?
Tak cukupkah usaha,
Tak cukupkah masa Nak cari salah
memang mudah Tak apalah,
memang dah salah
Walau secubit yang cacat byk lagi yg indah
Saya budak baru belajar...kalau dah salah, Tegurlah
Cuma halalkan yang nak diberi
Sedih ... kalau yg dapat Diungkit lagi. ..
Mampukah bertahan??
Asalkan halal dan diberkati Allah
Akan aku terus melangkah

No comments: